Lot E7-1, 1st Floor, Block E, Grand Plaza Putatan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah+6088-734073secretariat@osimal.org

Yayasan Osimal sumbang peralatan kegunaan hospital

Sabah: Yayasan Osimal menyumbangkan set ruang pengasingan bernilai RM130,000 untuk kegunaan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah.

Sumbangan badan kebajikan ini bagi meringankan beban ketika berlakunya peningkatan penggunaan peralatan itu menghadapi COVID-19.

Pengerusinya, Tan Sri Richard Malanjun berkata peralatan ini hasil sumbangan orang ramai menerusi tabung yayasan berkenaan minggu lalu.

Selain itu, yayasan turut menyumbang 20 unit alat pernafasan kepada semua hospital di negeri Sabah.

Orang ramai diharap terus menghulurkan sumbangan bagi membantu hospital dan petugas barisan hadapan menerusi talian 013-883 3113.

Source: Berita RTM

HELP US SHARE THE GOOD NEWS!