Lot E7-1, 1st Floor, Block E, Grand Plaza Putatan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah+6088-734073secretariat@osimal.org

Yayasan Osimal bantu penduduk Ulu Papar

PENAMPANG: Badan kebajikan, Yayasan Osimal, bergerak satu langkah ke hadapan dalam usahanya membantu penduduk kampung di Ulu Papar, dengan sumbangan mereka bukan sahaja dalam bentuk bantuan makanan tetapi juga kelengkapan diri.“Berdasarkan keperluan ketika ini, Osimal tidak lupa mengenai faktor kebersihan yang juga sama penting dalam penjagaan kesihatan,” sukarelawan Osimal, Hairry Justin, memberitahu Daily Express, di sini, pada Sabtu.Bantuan itu amat perlu khususnya dengan peringatan berterusan kerajaan agar rakyat membasuh tangan mereka dengan air dan sabun sebagai langkah pencegahan dijangkiti Covid-19.

Selain daripada sabun mandi dan bahan cuci, mereka turut memberikan sumbangan beras, tepung gandum, gula, garam, sardine dalam tin, minyak masak, minuman paket kopiko dan biskut kepada kira-kira 85 keluarga di Ulu Papar, Kg Kaiduan dan Kg Molonsi.“Kampung-kampung ini terletak kira-kira 15 hingga 25 kilometer dari Ibu Negeri, rumah mereka bertaburan dan hanya boleh diakses menggunakan pacuan empat roda,” kata Justin.Katanya, majoriti daripada mereka adalah petani dan akan datang tamu mingguan untuk menjual produk pertanian.

“Pendapatan mereka akan digunakan untuk membeli makanan keperluan. Bagaimanapun, ramai yang kehilangan sumber pendapatan mereka susulan Perintah Kawalan Pergerakan (KPK),” katanya.Malaysia mengenakan PKP selama 14 hari di seluruh negara pada 18 Mac hingga 31 Mac untuk membendung wabak Covid-19. KPK kemudian dilanjutkan sehingga 14 April.Justin berkata penduduk kampung bersyukur atas bantuan yang diberikan Osimal.

Yayasan Osimal di bawah kepimpinan pengerusinya, Tan Sri Richard Malanjum, baru-baru ini menyumbang 2,000 peralatan perlindungan diri yang akan disampaikan sendiri oleh beliau (Malanjum).

Source: Daily Express

HELP US SHARE THE GOOD NEWS!